KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu visi dan misi yang sangat besar buat seluruh rakyat Malaysia.
Para pelanggan kami bukan sahaja boleh membeli emas dan perak fizikal secara patuh Syariah di KAB Gold, tetapi mereka juga boleh menjadikan kami sebagai sebuah tempat untuk mereka bermuamalah dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan.
Dengan emas dan perak, pelbagai matlamat kewangan boleh dicapai. Dengan emas dan perak, para pelanggan boleh membina perniagaan mereka sendiri dan menjana pendapatan untuk menyara hidup dan keluarga.
Kami berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan emas dan perak sesuai dengan tarafnya yang amat tinggi dan bernilai suatu ketika dahulu.
Melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti, para pelanggan kami bukan saja dapat membeli dan menjual emas dan perak fizikal, tetapi juga mereka dapat memanfaatkan platform ini untuk menambah baik ilmu dan pengetahuan, menjana hasil dan pendapatan, mewujudkan peluang perniagaan, membina jaringan ekonomi dan kewangan, membayar zakat simpanan emas dan perak, menaiktaraf tahap kehidupan dan sebagainya.
Sesuai dengan moto kami iaitu Knowledge, Asset, Bullion, platform ini akan digerakkan untuk merealisasikan moto tersebut.
Kami juga akan menjalankan program pendidikan secara rasmi dan tidak rasmi untuk memberi nilai tambah kepada setiap pelanggan kami.
Dengan memiliki emas dan perak, para pelanggan akan memiliki aset yang terbaik dalam bentuk yang terbaik. Ia mudah untuk dimiliki dan diurus, senang untuk dicairkan dan meningkat nilainya secara jangka panjang.
Menjadi sebuah syarikat jual beli emas dan perak fizikal berlandaskan Syariah pilihan utama di Malaysia.
Menyediakan platform jual beli emas dan perak yang lengkap dan interaktif agar manfaat yang bakal diperolehi oleh para pelanggan meliputi segenap aspek kehidupan pada masa kini dan masa hadapan.
Kami komited untuk memastikan setiap urus niaga dilaksanakan secara telus dan beretika serta bebas daripada unsur Riba (faedah), Gharar (ketidakpastian yang berlebihan) dan Maysir (perjudian), sekali gus memberikan keyakinan dan ketenangan kepada pelanggan dalam memiliki dan menyimpan emas melalui KAB Gold.
KAB Gold komited untuk menyediakan solusi pemilikan dan simpanan emas yang mudah, selamat serta dipercayai bagi membantu pelanggan membina dan memelihara kekayaan untuk masa hadapan.
Nama Syarikat: KAB Goldynamics Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran Syarikat: 1240458-V
Pemilikan: 100% Muslim Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif: Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri
Penasihat Syariah: Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
Setiausaha Syarikat: CSQ Corporate Services Sdn. Bhd (BC/W/414) (PC20200312000052) — Puan Wan Sarimah Wan Husain
Penilai Emas: KL Assay Office (M) Sdn. Bhd. (598425-D) — Encik Abdul Shukor Anuar